home Semasa Polis Scotland rancang perkenalkan tudung untuk anggotanya yang beragama Islam

Polis Scotland rancang perkenalkan tudung untuk anggotanya yang beragama Islam

89902367_hijab

 

SCOTLAND – Polis Scotland sedang membuat persediaan untuk memperkenalkan tudung sebagai salah satu pilihan pakaian seragam bagi menggalakkan wanita Islam menyertai pasukan itu.

Ia sedang mengkaji reka bentuk tudung tertentu yang akan menutupi kepala dan leher tetapi tidak muka.

Buat masa sekarang, pegawai-pegawai yang ingin memakai tudung atas sebab agama perlu mendapatkan kelulusan pegawai kanan.

Ketua Inspektor Polis Scotland, Ann Bell berkata, tahun ini merupakan tahun ke-101 sejak wanita pertama kali menyertai akademi polis di Scotland.

“Polis Scotland benar-benar berminat untuk menggalakkan lebih ramai wanita datang dan menjadi pegawai polis.

“Ini adalah hanya satu lagi alat dalam kit alat kami untuk menggalakkan wanita daripada komuniti yang mungkin tidak pernah melihat polis sebagai pilihan kerjaya sebelum ini, kini mula berfikir tentang itu,” katanya.

Angka dalam data Polis Scotland menunjukkan terdapat 127 permohonan daripada calon-calon minoriti orang kulit hitam, Asia dan etnik di tahun 2015 hingga 2016.

Mereka komited untuk menggalakkan lebih ramai rekrut orang berkulit hitam dan Asia untuk memohon menyertai pasukan itu.

Usaha ini akan menjadi satu daripada pelbagai langkah yang membendung daripada pemohon calon Asia dan orang kulit hitam berasa terhalang untuk memohon.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/06/polis-scotland-rancang-perkenalkan-tudung-untuk-anggotanya-yang-beragama-islam/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *