home Semasa Puasa 23 jam, 5 minit di Finland

Puasa 23 jam, 5 minit di Finland

image (1)

 

HELSINKI – FINLAND. Umat Islam yang tinggal di Artic Circle berdepan cabaran hebat berpuasa apabila matahari hanya tenggelam selama 55 minit hingga 1 jam.

Keluarga Mohamed yang tinggal di utara Finland berkongsi pengalaman tersebut.

“Puasa bermula 1.35 pagi dan berakhir 12.48 pagi hampir keesokan hari,” kata Mohamed dipetik laporan Independent UK.

Tambahnya, sanak-saudara dan ibu bapanya yang tinggal di Bangladesh sukar untuk mempercayai Mohamed terpaksa berpuasa selama 23 jam dan 5 minit.

“Mereka akan kata, ia susah untuk dipercayai! Tetapi kami berjaya mengharunginya, malah kami berpuasa tanpa sebarang masalah.

“Umat Islam di rantau berhampiran seperti Lapland di sempadan Sweden, mereka mengikut jadual puasa negara Islam berhampiran, seperti Turki,” jelas Mohamed.

Lapland, Finland dan Sweden disinari matahari dalam tempoh yang sangat singkat atau tiada langsung pada musim panas.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/global/puasa-23-jam-5-minit-di-finland-1.530986

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *