home Semasa Remaja dan Ramadhan

Remaja dan Ramadhan

bakul-2

 

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan, serta dilimpahi dengan kerahmatan dan keampunan. Ramadan sentiasa dirindukan kedatangannya dan ditangisi kepergiannya oleh orang-orang soleh.

Pada bulan ini, kaum muslimin khususnya para remaja Islam, seharusnya melakukan pengembaraan rohani dengan mengekang nafsu syahwat dan mengisi dengan amal-amal yang mulia. Remaja seharusnya mengambil peluang untuk beribadat dan melakukan aktiviti yang berfaedah.

Pertama, memahami pengertian Ramadan secara terperinci. Berusaha untuk memahami tentang Ramadhan dan keutamaan bulan Ramadhan, hukum-hukum berkaitan dengan puasa, mengetahui petunjuk Rasulullah saw. sebelum memasuki Ramadhan, mempelajari syarat-syarat puasa, syarat sahnya, perkara yang membatalkannya dan amalan-amalan sunat yang telah dilakukan oleh rasulullah dan para sahabat.

Kedua, mengisi bulan Ramadhan dengan kegiatan-kegiatan yang boleh mencapai ketakwaan, seperti, bersedeqah, rajin berjemaah ke masjid, membantu ibu bapa di rumah dan lain-lain lagi.

Ketiga, Mengurangkan penggunaan gadget terutamanya bermain game dan menonton aksi-aksi yang tidak senonoh, remaja yang sering bermain game bukan sahaja membuang masa tetapi juga boleh merosakkan mata. Jom kita mulakan pada bulan Ramadan ini, agar ia dapat dikekalkan sehingga bulan seterusnya.

“Barangsiapa tidak meninggalkan kata-kata dusta (dalam berpuasa) dan tetap melakukannya, maka hanya ianya hanya mendapat lapar dan dahaga” [ HR. Bukhari ]

Dari hadis di atas menunjukkan bahwa dengan meninggalkan perkara yang sia-sia, barulah amalan kita akan menjadi taqwa.

Keempat, berdampingan dengan Al-Quran walaupun tak pandai membaca. Remaja yang sentiasa membaca Al-Quran akan mendapat hidayah daripada Allah. Dijanjikan akan mendapat naungan di padang mahsyar iaitu remaja yang sentiasa mengalirkan air mata kerana takutkan Allah.

Al-Quran menjadi pendinding untuk menghindari remaja daripada melakukan kemaksiatan. Kesimpulannya, Ramadan memberi peluang kepada remaja untuk melakukan perubahan jiwa mereka. Ayuhlah, wahai remaja muslim dan tekadkan keazaman kita. Yakin boleh!

Abdul Wafiy bin Fadzlan Shahidi

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *