home Semasa Tak perlu minta maaf pembunuhan di Orlando: Sheikh Dr Yasir

Tak perlu minta maaf pembunuhan di Orlando: Sheikh Dr Yasir

YasirQadhi

 

HOUSTON (TEXAS), – Ahli teologi dan Dekan Hal Ehwal Akademik Institute AlMaghrib, Sheikh Dr Yasir Qadhi berkata, umat Islam tidak perlu memohon maaf berikutan kejadian di kelab malam lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Orlando, Ahad lalu.

Beliau bertanya kenapa mesti membuat permohonan maaf terhadap sesuatu yang dilakukan oleh orang yang tidak stabil mental hanya kerana namanya ‘Omar’.

Beliau berkata, tidak sampai 36 jam Islam dan umatnya di Amerika Syarikat (AS) melalui pendedahan paling
positif melalui pengkebumian legenda tinju dunia, Muhammad Ali, kebaikan itu terhapus dengan tindakan ganas
yang dilakukan seseorang yang mempunyai nama Islam.

“Masalah sedemikian menyebabkan golongan minoriti tertekan kerana tindakan seorang individu mengaitkan semua orang.

“Terakhir saya mendapati seorang lelaki kaukasian terbabit dalam insiden tembakan, tetapi dia tidak mewakili seluruh kaum kulit putih Amerika.

“Samseng Mexico juga tidak mewakili semua orang Latin dan penjenayah Afrika Amerika tidak mewakili seluruh penduduk Afrika di Amerika,” katanya mengulas kejadian tembakan di kelab Pulse yang mengorbankan kira-kira 50 orang dan mencederakan puluhan yang lain.

Pembunuhan beramai-ramai itu dilakukan oleh seorang lelaki, Omar Mateen, 29, dengan melepaskan tembakan rambang di dalam kelab itu. Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengesahkan Omar adalah anggota kumpulan militan Syiah di Lubnan – Hezbollah.

“Jadi, kenapa mesti saya memohon maaf terhadap perbuatan ganas dilakukan oleh individu yang mentalnya tidak stabil hanya disebabkan namanya Omar. Ia adalah suatu tragedi. Tidak ada mana-mana agama atau undang-undang yang mengizinkan perbuatan seperti itu,” katanya.

Sheikh Dr Yasir berkata, adalah tidak adil untuk menyatakan bahawa tindakan individu terbabit mewakili semua, semata-mata kerana pelakunya adalah seorang muslim.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/06/tak-perlu-minta-maaf-pembunuhan-di-orlando-sheikh-dr-yasir/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *