home Tarbiah Tips mendidik anak datang ke masjid

Tips mendidik anak datang ke masjid

kanak-solat_2

 

TIPS UNTUK MENDIDIK ANAK YANG SUDAH FAHAM DATANG KE MASJID

KETIKA BERADA DI RUMAH:
1. Ajak anak-anak pergi ke masjid dan beri alasan-alasan kebaikkan berada di masjid.
2. Nasihat anak-anak mengenai etika dan peraturan ketika berada di masjid.
3. Beri syarat-syarat mengenai apa yang anda suka anak anda lakukan dan sesuatu yang anda tidak suka anak anda lakukan ketika berada di masjid.
4. Beri amaran dan sebutkan akibatnya jika mereka tidak berkelakuan seperti yang diharapkan ketika berada di masjid.
5. Tanya soalan atau suruh anak-anak ulang semua perkara di item 1-4.
6. Suruh mereka berjanji yang mereka akan patuh pada syarat-syarat yang telah ada nyatakan (INI PALING PENTING!)

(Lakukan perkara di atas dengan ringkas dan padat. Elak dari membebel. Pamirkan sikap kasih sayang tetapi tegas)

KETIKA SAMPAI DI MASJID:

1. Ulang dengan ringkas sekali lagi syarat-syarat yang telah anda sebutkan ketika di rumah.
2. Suruh mereka berjanji sekali lagi.
3. Beri kata perangsang. CTH “Ayah/ibu tau kamu anak yang baik…insya Allah kamu TAK AKAN MEMALUKAN AYAH/IBU KAN?”
JIKA ANAK-ANAK MASIH MENGGANGGU JEMAAH DI DALAM MASJID:
1. Panggil anak anda dan nasihat mereka secara berbisik serta jangan memalukan mereka di depan rakan-rakan mereka atau orang dewasa. Hargai perasaan mereka. Anda boleh cuba guna ayat-ayat seperti di bawah ini:

“(Sebutkan nama cth: Azman) Man Ingat tak syarat berada dalam masjid?”……kalau mereka kata tak ingat. Ulang dengan amat ringkas.

Kemudian susuli dengan ayat “Ayah/ibu malu bila Man lompat-lompat/bising/berlari semasa orang solat tadi” – (sebutkan kesalahan atau kesilapan).

Dan akhiri dengan ayat, “Man budak baik kan? Ayah/ibu harap Man tak lompat/bising macam tadi……okay.”

Dan tutup nasihat dengan “Man, Masjid adalah rumah Allah…….Allah suka kat budak yang baik di rumah Dia”.
JIKA ANAK-ANAK MASIH TIDAK TERKAWAL SEHINGGA ANDA MENINGGALKAN MASJID:

1. Elak dari membebel dan berleter dengan anak-anak.
2. Nasihat dan beri amaran secara ringkas ketika sampai di rumah dengan duduk berhadapan dengan mereka. (Nasihat mereka di dalam kereta ketika sedang memandu balik ke rumah HANYA jika anda berasa tidak sempat untuk menasihatinya di rumah. **memberi Nasihat di dalam kereta kurang berkesan kerana penumpuan tidak 100% kepada mereka!)
3. Cara memberi nasihat:

A. Suruh mereka ulang syarat-syarat berada di masjid
B. Suruh mereka nyatakan kesilapan/kesalahan yang mereka lakukan dan bertentangan dengan syarat yang anda berikan
C. Suruh mereka ulang hukuman/akibat dari perbuatan mereka seperti yang telah anda sebutkan.
D. Tanya mereka samada mereka boleh dihukum atau tidak kerana perlakuan mereka yang melanggar syarat-syarat yang and telah berikan.
E. Elak dari menghukum dan maafkan mereka dengan kesalahan yang pertama……tetapi tegaskan pada anak-anak yang mereka tidak sepatutnya memalukan ibu/ayah ketika berada di masjid.
F. Puji atau hargai mana-mana sikap mereka yang baik ketika berada di rumah, masjid atau di mana sahaja. Dan sudahi dengan kata-kata perangsang, “Sebenrnya Man boleh buat baik kat masjid tadi……lain kali bolehkan? Insya Allah”. Peluk atau salam anak anda.

Selamat mencuba.

Wallahu ‘alam.

Prof Dr Yahya Mat Som
www.facebook.com/ymatsom

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *