home Semasa Ulama Besar Kedah, Dr Aziz Hanafi meninggal dunia

Ulama Besar Kedah, Dr Aziz Hanafi meninggal dunia

11

 

BANGI, Isnin – Ulama Besar Kedah, Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi dilaporkan meninggal dunia jam 1.45 petang tadi.

Dr Aziz dilahirkan pada 28 Julai 1948 dan pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah pada tahun 2011.

Beliau adalah kelulusan Ph.D Perundangan Islam (Ekonomi Islam (Al-Azhar), M.A Syariah & Undang-undang (Al-Azhar), B.A (Sijil Tinggi Kolej Islam Malaya).

Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah Universiti di Brunei Darussalam sebelum pulang ke Malaysia dan diberi amanah memimpin Kolej Islam Darul Ulum Pokok Sena Kedah sehingga 2008.

Dr. Abdul Aziz Hanafi yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah (bermula 2009) pernah menerima anugerah Darjah Kebesaran Setia Diraja Kedah (SDK) sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman yang ke-83 pada 20 Januari 2010.

Beliau juga merupakan ulama yang pernah terlibat mengharamkan tuntutan COMANGO pada muzakarah ulama anjuran Majlis Ulama ISMA (MUIS) pada tahun 2014.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/06/dr-aziz-hanafi-meninggal-dunia/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *