home Dunia Islam, Semasa Umat Islam selatan Thailand solat hajat mohon kedamaian Ramadhan

Umat Islam selatan Thailand solat hajat mohon kedamaian Ramadhan

DSC_0018

 

PATTANI, Rabu – Kira-kira 3,000 umat Islam di selatan Thai menunaikan Solat Hajat di Masjid Pattani hari ini memohon kedamaian di wilayah bergolak itu sepanjang Ramadan yang menjelang tiba.

Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pattani, Wae Deramae Matmingchik berkata, mereka memohon supaya wilayah selatan Thai itu bebas daripada segala insiden keganasan sepanjang bulan mulia itu.

Dalam perutusan yang dibacakannya sebelum Solat Hajat itu, beliau meminta semua pihak menolak keganasan dan tidak memberi dokongan kepada mana-mana pihak yang menimbulkan kekacauan.

Solat Hajat itu dianjurkan oleh Majlis Agama Islam di lima wilayah selatan Thai, Persatuan Ulama Pattani, Persatuan Institusi Pengajian Pondok, Persatuan Sekolah Agama Rakyat dan Persatuan Ikhwan Muslim.

Sumber : http://www.ismaweb.net/2016/06/umat-islam-selatan-thailand-solat-hajat-mohon-kedamaian-ramadan/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *