home Semasa 100,000 hadir solat Hari Raya di Masjid Al-Aqsa

100,000 hadir solat Hari Raya di Masjid Al-Aqsa

aqsa-eid-1

 

AL-QUDS  – Kira-kira 100,000 umat Islam menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa pada hari Rabu.

Aljazeera.net melaporkan, terdapat kawalan ketat di sekitar masjid bagi mengelakkan perhimpunan demonstrasi.

Dalam khutbah raya, khatib masjid, Sheikh Umar Al-Kaswani menjelaskan kepentingan membebaskan Palestin dan menyeru rakyat negara itu bersatu menentang regim Zionis Israel.

Beliau juga menyeru semua pihak membantu keluarga tahanan Palestin di penjara-penjara Israel.

Tonton laporan wartawan Aljazeera.net di sini.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/07/100000-hadir-solat-hari-raya-di-masjid-al-aqsa/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *