home Dunia Islam Askar Zionis tembak mati kanak-kanak Palestin

Askar Zionis tembak mati kanak-kanak Palestin

palle

 

RAMALLAH, Rabu – Askar rejim Zionis membunuh seorang kanak-kanak Palestin berusia 12 tahun, ketika satu pergaduhan di Al-Ram, utara Jerusalem, semalam.

Muhye Muhammad Sidqi al-Tabbakhi, ditembak menggunakan peluru getah yang mengenai dadanya dan meninggal dunia ketika tiba di hospital, kata sumber perubatan.

Pergaduhan itu tercetus antara sekumpulan pemuda Palestin selepas askar Israel menyerbu Al-Ram.

Pemuda Palestin membaling batu ke arah askar rejim yang kemudian melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/07/askar-zionis-tembak-mati-kanak-kanak-palestin/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *