home Dunia Islam, Semasa Azan berkumandang di Aya Sophia buat pertama kalinya selepas 85 tahun

Azan berkumandang di Aya Sophia buat pertama kalinya selepas 85 tahun

533

 

thumbs_b_c_d81aeef73399245b3cca87261390d94a-696x392

 

ISTANBUL – Muazzin di Aya Sophia mengumandangkan azan Subuh dari dalam mercu tanda Istanbul abad ke-6 tersebut untuk pertama kalinya setelah 85 tahun pada hari Sabtu.

Azan Subuh yang berkumandang dari dalam Aya Sophia, mungkin akan menimbulkan kembali kontroversi kerana status bangunan yang telah diubah sebagai muzium pada tahun 1935 oleh Mustafa Kamal, Presiden Republik pertama Turki.

Meskipun Azan telah berkumandang dari menara Aya Sophia selama empat tahun terakhir, muazzin hanya melakukannya dari ruang solat di lapangan luar muzium bukannya dari dalam bekas masjid tersebut.

Selama hampir 500 tahun Aya Sophia menjadi masjid utama di Istanbul pada 1453 selepas ia diubahsuai daripada gereja besar Kristian Ortodoks ketika pembukaan Konstantinopal.

 

text gambar

5 thoughts on “Azan berkumandang di Aya Sophia buat pertama kalinya selepas 85 tahun

  1. Alhamdulillah. Semoga Allah terus menyuburi sinar agama islam di rumahnya; Aya Sophia dan serata ceruk/ pelusuk dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *