home Semasa Dr Zakir Naik rayu sokongan komuniti Islam

Dr Zakir Naik rayu sokongan komuniti Islam

478713-zakirnaik-3x2-768x432

 

NEW DELHI – Pendakwah Islam antarabangsa, Dr Zakir Naik merayu sokongan komuniti Islam berhubung kenyataannya dalam isu militan yang mencetuskan desakan supaya beliau ditangkap.

“Saya, Dr Zakir Naik, menggesa semua saudara seislam supaya menyokong saya menentang ‘Perbicaraan Media’ dan ‘Pastikan Keadilan Menang’,” katanya dalam Twitter.

Sambil memperkenalkan akaun baru Twitternya, @drzakirofficial, penceramah terkemuka itu merayu penduduk dunia ‘menghapuskan keganasan daripada kehidupan.’

Beliau menjadi perhatian kerajaan India selepas laporan menyatakan dua daripada penyerang yang membunuh 20 orang dalam serangan di Dhaka minggu lalu didakwa terpengaruh dengan ceramahnya.

Media Barat The Daily Star mencetuskan kontroversi terhadap Dr Zakir apabila melaporkan bahawa dua daripada lima penyerang adalah antara pengikut Dr Zakir di media sosial dalam serangan di Dhaka, Bangladesh oleh militan Daesh, baru-baru ini.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/07/dr-zakir-naik-rayu-sokongan-komuniti-islam/

text gambar

One thought on “Dr Zakir Naik rayu sokongan komuniti Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *