home Semasa Ekstremis Budha mesti hentikan kebencian terhadap Muslim Myanmar

Ekstremis Budha mesti hentikan kebencian terhadap Muslim Myanmar

budha-di-myanmar

 

NAYPHETAW, Rabu – Kementerian Agama Myanmar memberi amaran kepada ektrimis Budha ‘Ma Ba Tha’ untuk berhenti melakukan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kebencian terhadap muslim di negara itu.

Amaran itu kali pertama dilaungkan selepas terbentuknya pentadbiran baru pada April lalu di bawah di bawah pemerintahan, Aung Suu Kyi.

Menteri Agama, Ong Ku berkata, ketika ini kerajaan dalam usaha mencari penyelesaian untuk menjaga kestabilan agama akibat konflik yang berlanjutan.

Katanya, sejak tahun 2011, peningkatan kehadiran gerakan radikal telah berlaku sehingga menyebabkan terancamnya Islamisasi di Myanmar khususnya berkaitan etnik Rohingya.

Dilaporkan, terdapat lebih dari 32,878 etnik muslim Rohingya termasuk 5,000 kanak-kanak yang tidak mempunyai identiti tinggal di dua kem pelarian, Naypara dan Kutupalong.

Selain itu, kira-kira 17,000 Rohingya tinggal di gudang sementara sejak 2008.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/07/ekstremis-budha-mesti-hentikan-kebencian-terhadap-muslim-myanmar/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *