home Dunia Islam Jumlah tanah rakyat Palestin dirampas Zionis meningkat 439 peratus

Jumlah tanah rakyat Palestin dirampas Zionis meningkat 439 peratus

photo_2016-07-01_09-08-47

 

JERUSALEM, Jumaat – Jumlah tanah milik rakyat Palestin yang dirampas oleh rejim Zionis menerusi dasar rampasannya di tanah yang diduduki di Jerusalem dan Tebing Barat meningkat 439 peratus sejak awal tahun ini, berbanding tahun lalu.

Laporan oleh sebuah pertubuhan Palestin – Institut Penyelidikan Gunaan Jerusalem – mendedahkan pihak berkuasa rejim Israel merampas 7,773 ekar tanah milik rakyat Palestin sejak awal tahun ini, meningkat berbanding 1,442 ekar tahun lalu.

Pihak berkuasa Israel baru-baru ini memperluaskan polisi Judaisme di tanah yang diduduki di Tebing Barat, terutama menambah lagi projek penempatan, kata laporan itu.

Dalam tempoh masa yang sama, pihak berkuasa rejim Tel Aviv itu turut memusnahkan 276 rumah rakyat Palestin di Tebing Barat, termasuk di Jerusalem timur, berbanding 108 rumah dimusnah pada 2015.

Laporan itu juga menyebut, 343 kemudahan pertanian Palestin dimusnahkan sejak awal 2016, berbanding 59 pada tahun lalu.

Institut itu juga melaporkan pihak berkuasa penempatan Israel memulakan pembinaan 139 bangunan akhir May lalu di penempatan haram di Shiloh, iaitu sebahagian daripada 10 penempatan baharu.

Walaupun, pihak berkuasa Zionis tidak mengeluarkan statistik mengenai populasi di penempatan haram, institut itu menganggarkan kira-kira 766,000 warga Israel tinggal di tanah diduduki di Jerusalem dan Tebing Barat.

Semua penempatan Israel di tanah Palestin adalah haram mengikut undang-undang antarabangsa.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/07/jumlah-tanah-rakyat-palestin-dirampas-zionis-meningkat-439-peratus/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *