home Semasa Kit Indahnya Ramadhan menceriakan anak-anak orang asli dan miskin di Kuala Pilah

Kit Indahnya Ramadhan menceriakan anak-anak orang asli dan miskin di Kuala Pilah

image (4)

KUALA PILAH, Selasa – Bulan Ramadan bagi sebilangan pelajar di Kuala Pilah menjadi penuh bermanfaat dan ceria apabila Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kuala Pilah mengedarkan 65  buah kit Indahnya Ramadhan kepada tiga buah sekolah rendah yang bertuah baru-baru ini.

Tiga buah sekolah yang bertuah itu adalah Sekolah Kebangsaan Undang Kamat, Sekolah Kebangsaan Senibai dan Sekolah Kebangsaan Inas.

“Saya telah meneliti kit ini dan saya dapati kit ini sangat menarik dan sesuai untuk mengisi masa lapang para pelajar pada bulan Ramadhan”, ujar Encik Zaidey yang merupakan guru besar SK Senibai.

Menurut pengarah program ini iaitu Ustaz Faisal Harun, program ini merupakan salah satu siri Program Semai Kasih 2016 anjuran Isma Kuala Pilah.

“Diharap dengan edaran yang dilakukan khusus kepada pelajar-pelajar orang asli dan miskin, mereka dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang Islam dan menjalinkan silaturrahim bersama sekolah-sekolah di kawasan pedalaman Kuala Pilah,” ujarnya.

Sumbangan kit ini telah disempurnakan oleh Naib Yang Dipertua Isma Kuala Pilah, Ustaz Hazmi Abd. Kadir dan juga Bendahari Isma Kuala Pilah, Haji Mohamad Ghazali bin Zainal.

Sumber : ismaweb

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *