home Dunia Islam, Semasa Tentera Turki rampas kuasa, Erdogan mengaku masih Presiden

Tentera Turki rampas kuasa, Erdogan mengaku masih Presiden

bosphorus-bridge

 

ANKARA, Sabtu – Tentera Turki telah mengumumkan bahawa telah menguasai negara itu secara rasmi daripada pentadbiran kerajaan dipimpin Presiden, Recep Tayyip Erdogan.

Dalam satu temubual telefon bersama CNN Turki, Erdogan berkata beliau masih Presiden negara dan ketua tentera dan menyeru semua rakyat keluar ke jalanan untuk membantah rampasan kuasa oleh tentera.

“Kami akan menyelesaikan perkara ini,” katanya sambil menyatakan pihak tentera akan membayar harga yang mahal atas kejadian ini.

Erdogan yang sedang bercuti di kawasan Marmaris kini sedang menuju ke Ankara.

Ketika ini, Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul telah ditutup, stesen televisyen kerajaan TRT telah dikuasai oleh tentera manakala Jambatan Bosphorus telah ditutup.

Di tengah bandar Ankara, kedengaran bunyi tembakan dan jet tentera terbang melintasi ruang udara.

Ibu pejabat polis di Ankara dan bangunan Parlimen telah diserbu oleh pihak tentera.

Kereta kebal tentera juga kelihatan di jalan-jalan utama.

Dilaporkan kumpulan penyokong Erdogan juga telah berkumpul di lokasi-lokasi tertentu.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/07/tentera-turki-rampas-kuasa-erdogan-mengaku-masih-presiden/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *