home Dunia Islam, Semasa Turki patahkan cubaan rampasan kuasa sekumpulan tentera

Turki patahkan cubaan rampasan kuasa sekumpulan tentera

turki2

ISTANBUL, Sabtu – Beribu-ribu warga Istanbul dan ibu negara, Ankara, keluar di jalan raya bagi menghalang cubaan rampasan kuasa oleh sekumpulan pegawai dan anggota tentera negara itu, sebentar tadi, tatkala Presiden Recep Tayyip Erdogan muncul di luar Lapangan Terbang Istanbul.

Media Turki melaporkan sekurang-kurangnya 17 anggota polis dan dua orang awam terbunuh bertempur dengan anggota tentera yang cuba merampas kuasa, selepas mengebom bangunan Parlimen negara itu, beberapa jam lalu.

Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim memberitahu keadaan dalam negara adalah terkawal selepas cubaan rampasan kuasa itu digagalkan.

Beliau turut mengisytiharkan zon larangan terbang di ibu negara, Ankara.

Sebelum itu, sekumpulan anggota tentera mendakwa mengambil alih pemerintahan negara itu dengan mendakwa Turki kini ditadbir oleh sebuah ‘Majlis Keamanan’.

Bagaimanapun, Erdogan berkata, beliau akan menangani apa yang anggap sebagai ‘pemberontakan minoriti’.

Sebelum itu, beliau menyeru rakyat Turki untuk keluar ke jalan raya bagi menghalang cubaan merampas kuasa itu.

“Saya menggesa rakyat Turki untuk berhimpun di dataran awam dan lapangan terbang. Saya tidak pernah percaya kepada kuasa yang lebih tinggi, daripada kuasa rakyat,” katanya.

Belum dapat dipastikan pihak mana di dalam angkatan tentera negara itu yang cuba merampas kuasa, namun laporan menyebut beberapa pegawai tertinggi tentera telah ditangkap. – Agensi

Sumber : ismaweb

text gambar

One thought on “Turki patahkan cubaan rampasan kuasa sekumpulan tentera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *