home Dunia Islam Umat Islam di Baghdad maut ketika bersahur

Umat Islam di Baghdad maut ketika bersahur

bombing-baghdad

 

BAGHDAD, Ahad – Kira-kira 23 orang terbunuh dan 61 lagi cedera dalam dua letupan bom kereta di pusat membeli-belah dan pasar awam terkemuka di bandar ini awal pagi tadi.

Bom kereta berkenaan diletupkan berhampiran sebuah restoran di Karrada ketika umat Islam sedang bersahur.

Insiden pertama ini mengakibatkan 18 maut, manakala 45 mengalami kecederaan.

Insiden kedua pula berlaku di al-Shaab, daerah Syiah di utara ibu negara Iraq itu dengan mencatatkan lima kematian dan 16 yang lain cedera.

Menerusi kenyataan yang disebarkan menerusi Internet, kumpulan militan Daesh mendakwa bertanggungjawab ke atas kedua-dua serangan itu.

Baghdad menjadi lokasi sasaran siri kejadian pengeboman yang didakwa dilakukan IS bulan lalu apabila hampir 200 orang terkorban di dan berhampiran bandar dalam tempoh hanya seminggu.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/07/umat-islam-di-baghdad-maut-ketika-bersahur/

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *