home Semasa 4 kesan negatif ketagihan gajet

4 kesan negatif ketagihan gajet

13939506_1057861514250290_7433308746598968626_n

 

Antara kesan negatif penggunaan gajet yang keterlaluan dalam kehidupan seharian ialah:

1) Masalah kesihatan

Apabila selalu menggunakan gajet, kita jarang bersenam kerana menghabiskan masa dengan bermain gajet menyebabkan meningkatnya masalah obesiti. Berdasarkan kajian kebanyakan orang yang menggunakan gajet lebih daripada 14 jam kurang sihat daripada orang yang menggunakan gajet selama 1 jam 30 minit.

Skrin gajet yang menghasilkan Cahaya biru (Blue Light) dapat merosakkan retina pada mata kita dan boleh mengurangkan daya penglihatan kita.

Kekurangan tidur juga boleh menimbulkan masalah kesihatan kerana kita sering menggunakan gajet sebelum tidur. Pada esoknya kita akan jadi kurang fokus dan tidak bertenaga dalam melakukan kerja seharian. Cahaya yang ada pada gajet mampu mengurangkan hormon melatonin dimana hormon ini memberikan kita untuk tidur.

2) Nomophobia

Nomophobia bermaksud seseorang yang tidak boleh hidup tanpa gajet disisinya. Ini merupakan masalah psikologi dimana hidup mereka bergantung pada gajet. Mereka tidak mampu bertahan lebih dari 60 minit untuk memeriksa gajet mereka sehingga pusat rawatan khas bagi kes ini dibina bagi menangani masalah baru ini di Amerika.

Pakar mengatakan otak kita mendapat dopamin dan serotonin dimana ia merupakan saluran kebahagiaan. Bermakna pengguna akan bahagia jika gadjet berada di sisi mereka dan tidak boleh hidup tanpanya.

3) Masalah Sosial

Pengguna hanya berkomunikasi dalam alam maya sahaja daripada realiti kerana apabila berada pada alam realiti mereka kurang berkeyakinan dan berkomunikasi bahkan tidak mampu menghubungkan sesama mereka.

4) Masalah Psikologi (Tekanan)

Apabila mempunyai gajet menunjukkan kita selalu ‘ada’. Bermaksud kita akan menerima mesej, menjawab panggilan, menghantar email, mengemaskini status kita di laman sosial dan memeriksa notifikasi menyebabkan kita mengalami masalah tekanan. Ini juga bermaksud mereka harus membalas segala perkara ini secepat mungkin sehingga menyebabkan tekanan.

Sumber: https://www.facebook.com/ismajordan

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “4 kesan negatif ketagihan gajet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *