home Semasa Bukti nahas helikopter Russia: Krisis Syria sebenarnya Perang Salib ke atas Islam?

Bukti nahas helikopter Russia: Krisis Syria sebenarnya Perang Salib ke atas Islam?

emudeer

 

ALEPPO, Selasa – Adakah krisis yang berlaku di Syria merupakan antara siri Peperangan Salib oleh gerakan Kristian ke atas umat Islam?

Sudah tentu persoalan ini memerlukan jawapan hasil kajian yang mendalam.

Namun, satu kesimpulan awal telah dibuat berdasarkan beberapa petunjuk dan petunjuk terbaru ialah penemuan satu bahan bukti yang mengaitkan agama Kristian dengan salah seorang anggota tentera Russia yang terbunuh dalam nahas helikopter semalam.

Nahas yang meragut nyawa lima orang berlaku setelah sebuah helikopter Mi-8 milik Russia ditembak jatuh ketika dalam perjalanan pulang selepas menghantar bekalan dalam satu ‘misi kemanusiaan’.

BACA: Lima maut helikopter Russia ditembak jatuh di Aleppo

Sekeping kad gambar ‘Jesus’ telah ditemui oleh penduduk setempat daripada poket tentera Russia berkenaan.

Ia kemudiannya disebarkan di laman Twitter dan mendapat perhatian penulis dan pengamal media dari Arab Saudi, Esam Mudeer.

Mengulas perkara itu di akaun Twitternya @emudeer Esam berkata, jika ada pihak yang mahukan penjelasan mengenai hakikat Peperangan Salib yang kini berlaku di Syria, maka pihak berkenaan hendaklah merujuk kepada buku yang telah ditulisnya yang bertajuk ‘Kristianisasi dan Parti Baath: Perang Salib Secara Wakil’.

Beliau yang merupakan anak didik tokoh Islam terkenal, Ahmad Deedat berkata, dalam buku tersebut, dijelaskan bukti-bukti bahawa pihak gereja Syria, persatuan gereja sedunia, Vatican dan gereja Amerika Syarikat meskipun senyap dan tidak membuat pendirian rasmi, mereka sebenarnya menyebelahi Bashar Al-Asad.

“Asad hanya wakil mereka dalam Perang Salib ini,” katanya sambil menyatakan peperangan inilah juga yang berlaku di Mesir, Iraq, Yaman dan dunia Islam lain.

“Peperangan kita satu dan musuh kita telah bersatu berdepan umat Islam yang kian berpecah dan hilang kesedaran.

“Sejak berlaku revolusi menentang kerajaan, saya mula mengumpul pendirian-pendirian pihak gereja terhadap Asad. Kemudian saya menjadikannya buku sebagai bukti agar umat Islam tidak tertipu,” katanya lagi.

Buku beliau dalam bahasa Arab setebal 334 muka surat itu boleh dimuat turun melalui pautan berikut: http://saaid.net/book/19/12512.pdf

 

emudeer-2

emudeer-3

 

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/08/bukti-nahas-helikopter-russia-krisis-syria-sebenarnya-perang-salib-ke-atas-islam/

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *