home Semasa Israel berterusan lancar serangan ke atas Gaza

Israel berterusan lancar serangan ke atas Gaza

gaza

 

BANGI – Kapal perang Israel berterusan melancarkan serangan tembakan yang mensasarkan beberapa tempat di kawasan utara Semenanjung Gaza sejak ahad.

Memetik laporan Unit Media Aman Palestin Berhad yang berpangkalan di Gaza sebagai berkata, serangan tentera Israel itu telah menyebabkan beberapa kawasan di Beit Hanoun dan Beit Lahiya mengalami kerosakan.

“Pada jam 10.00 malam, pesawat pejuang F-16 turut mengebom beberapa kawasan di Beit Hanoun dan Beit Lahiya yang menyebabkan beberapa kerosakan.

“Pada masa yang sama kapal perang israel telah melancarkan 30 serangan udara di Bandar Beit Lahiya meliputi kawasan pemantauan dan terowong mengakibatkan kerosakan di tempat tersebut,” kata Aman Palestin dalam satu kenyataannya, hari ini.

Laporan berkata, Israel turut mensasarkan serangan ke atas tangki air di Beit Hanoun dan kawasan pertahanan Palestin di Beit Lahiya.

“Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, serangan tersebut telah mencederakan 4 orang rakyat Palestin apabila roket yang dilancarkan oleh tentera israel mendarat di kawasan perumahan Sderot.

“Situasi terkini, drone tentera israel masih terbang rendah di langit Gaza,” kata laporan.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/08/israel-berterusan-lancar-serangan-ke-atas-gaza-sejak-semalam/

www.indahnyaislam.my

text gambar

2 thoughts on “Israel berterusan lancar serangan ke atas Gaza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *