home Dunia Islam, Semasa Israel bina Kuil Ketiga Yahudi di tapak Masjid al-Aqsa

Israel bina Kuil Ketiga Yahudi di tapak Masjid al-Aqsa

kuil

 

RAMALLAH, Khamis – Pusat Media Antarabangsa Timur Tengah (IMEMC) mendedahkan bahawa sebuah pertubuhan Israel sedang menunggu lampu hijau bagi meneruskan rancangan jahat mereka membina Kuil Ketiga Yahudi atau Haikal Sulaiman Ketiga.

Kuil seluas 14.4 hektar.itu dilaporkan akan dibina di atas tapak Masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah Batu di Baitulmaqdis.

IMEMC berkata, pertubuhan Israel menjangkakan kuil tersebut akan siap dibina dalam tempoh tiga tahun.

“Pihak yang akan membuat pembinaan struktur itu telah menerima sokongan politik yang luas. Pertubuhan terbabit menjelaskan mereka telah bersedia membawa segala kelengkapan untuk pembinaan ‘kuil ketiga’ itu,” kata pusat media berkenaan.

Selain itu, saluran TV Zionis, Channel 2 juga mendedahkan bahawa persiapan untuk membina Kuil Ketiga Yahudi di atas runtuhan Masjid al-Aqsa kini sudah dibuat dan hanya menunggu keputusan rasmi politik untuk dilaksanakan.

Mereka mendakwa semua peralatan yang diperlukan untuk pembinaan akan dipindah masuk ke tapak Kubah as-Sakhra’ di perkarangan Masjid al-Aqsa dalam masa terdekat.

Israel kerap mendakwa mereka kononnya mempunyai hak untuk membina ‘kuil ketiga’ itu sebagai mengikuti tradisi pembinaan dua kuil pada zaman purba.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/08/israel-bina-kuil-ketiga-yahudi-di-tapak-masjid-al-aqsa/

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Israel bina Kuil Ketiga Yahudi di tapak Masjid al-Aqsa

  1. Dalam kasus ini apa yg dilakukan oleh negara negara islam….
    Berdiam diri saja,ini sudah penistaan dimana masjid peninggalan nabi dihancurkan dan diganti kuil…allahuallam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *