home Dunia Islam, Semasa Israel lancar peluru berpandu ke Semenanjung Gaza

Israel lancar peluru berpandu ke Semenanjung Gaza

2012112021041894734_20

 

GAZA, Isnin – Tentera Israel melepaskan berpuluh-puluh peluru berpandu ke utara Semenanjung Gaza selepas satu roket dilancarkan dari wilayah Palestin ke selatan Israel, semalam.

Penduduk di Semenanjung Gaza berkata, sekurang-kurangnya 30 serangan udara Israel dilancarkan di wilayah itu malam semalam.

Bagaimanapun, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas roket yang dilancarkan ke bandar Sderot di selatan Israel itu.

Jurucakap tentera Israel, Peter Lerner berkata, tentera Israel membalas serangan roket dengan menyasarkan pergerakan Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza.

“Sebagai tindak balas kepada serangan roket dari Semenanjung Gaza, IAF (Tentera Udara Israel) dan kereta kebal menyasarkan dua kawasan Hamas di utara Semenanjung Gaza,” kata Lerner.

Sementara itu, agensi berita Ma’an berkata, sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin cedera dalam serangan Israel.

Pemerhati berkata, serangan itu adalah sebahagian daripada strategi Menteri Pertahanan Israel baharu, Avigdor Lieberman, yang telah dilantik pada Mei lalu.

“Menteri Pertahanan Israel baru, Avigdor Lieberman ini ingin melakukan ‘pemanasan’ dengan mengorbankan penduduk Gaza,” kata Felo Penyelidik di Forum Pemikiran Wilayah, Elizabeth Tsurkov.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/08/israel-lancar-peluru-berpandu-ke-semenanjung-gaza/

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Israel lancar peluru berpandu ke Semenanjung Gaza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *