home Semasa Kanak-kanak buta hafal al-Quran hanya dengar radio

Kanak-kanak buta hafal al-Quran hanya dengar radio

buta-768x463

 

JEDDAH, Jumaat – Amat mengagumkan apabila seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang dilahirkan cacat penglihatan mampu menghafal al-Quran.

Lebih membanggakan apabila kanak-kanak Myanmar yang menetap di Jeddah, Hussein Mohammad Tahir berjaya menghafal al-Quran dalam tempoh tiga tahun hanya melalui radio.

Menceritakan detik itu, bapanya berkata, setelah menyedari Hussien tidak dapat menonton televisyen, lalu beliau membelikannya radio.

“Saya memasang stesen radio yang menyiarkan bacaan kitab suci itu sepanjang 24 jam setiap hari sebagai usaha menanam minat dan cinta anaknya kepada kalam Allah itu.

“Saya langsung tidak menyangka anak saya mendapat faedah daripada radio dengan menghafal al-Quran. Saya mulanya tidak sedar Hussein menghafal kitab suci itu sejak membeli radio tiga tahun lalu,” katanya.

Katanya, ketika berpindah dari Jeddah ke Madinah, Hussein meminta membawa dia ke Masjid Nabawi.

“Di sana, dia membaca seluruh surah Al-Baqarah di masjid berkenaan. Saya sungguh terkejut.

“Untuk mengesahkan kemampuan Hussein, saya membawanya ke beberapa hafiz. Mereka mengesahkan kebolehkan anak saya dan berkata, dia hanya memerlukan sedikit bimbingan untuk memperelokkan bacaannya,” kata Tahir.

Susulan itu, Tahir membuat keputusan memasukkan Hussien ke kelas menghafal al-Quran untuk kanak-kanak kurang upaya di Masjid Nabawi.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana di sebalik kecacatan Hussein, dia mempunyai kelebihan lain,” katanya.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/08/kanak-kanak-buta-hafal-al-quran-hanya-dengar-radio/

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Kanak-kanak buta hafal al-Quran hanya dengar radio

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *