home Semasa KWSP pertingkat dana Simpanan Shariah mulai 2018

KWSP pertingkat dana Simpanan Shariah mulai 2018

KWSP-Umum-Skim-Simpanan-Shariah

 

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan meningkatkan jumlah dana Simpanan Shariahnya sebanyak RM20 bilion ke RM30 bilion setahun mulai 2018.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan, ini sebagai tambahan kepada dana RM100 bilion yang telah diperuntukkan bagi skim itu untuk tahun 2017.

Shahril berkata skim tersebut buat masa ini akan mengutamakan siapa yang mendaftar dahulu bagi menghabiskan kuota dananya.

“Dari segi peruntukan aset, ia sama juga dengan dana konvensional yang sedia ada. Dana syariah ini akan memberi tumpuan kepada penstabilan modal.

“Dana ini dijangka akan bertambah pada masa akan datang berlandaskan kesediaan aset. Buat masa ini, kami memperuntukkan RM100 bilion, satu jumlah yang besar dan menjadikan skim ini skim shariah terbesar di dunia,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat KWSP di sini pada Isnin.

KWSP kini sudah memulakan proses pendaftaran bagi mereka yang ingin mengubah simpanan mereka kepada simpanan patuh shariah.

Simpanan itu akan dilancarkan pada Januari 2017.

Simpanan Shariah KWSP juga akan mengguna pakai sistem peruntukan aset yang sama dengan simpanan konvensionalnya kini.

Menurut Datuk Shahril setakat jam 8.30 pagi. 5,000 pencarum telah memohon untuk memindahkan simpanan KWSP mereka kepada Simpanan Shariah di 68 cawangannya di seluruh negara.

Simpanan Shariah dibuka kepada semua ahli tanpa mengira bangsa, agama dan warganegara.

Bagi melayakkan diri untuk Simpanan Shariah 2017, ahli perlu mengemukakan permohonan mereka sebelum 23 Disember 2016 dan tertakluk kepada ketersediaan dana RM100 bilion.

Ahli hanya perlu menghadirkan diri ke mana-mana cawangan KWSP dan bawa MyKad untuk pengesahan cap jari manakala ahli bukan warganegara Malaysia perlu membawa pasport.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-bisnes/kwsp-pertingkat-dana-simpanan-shariah-mulai-2018-113359

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “KWSP pertingkat dana Simpanan Shariah mulai 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *