home Semasa Nota kuliah: Minda Usul Fikah – Dr Daud Bakar

Nota kuliah: Minda Usul Fikah – Dr Daud Bakar

14141952_962790873830457_8499852343448849524_n

 

Nota ringkas Talk Minda Usul Fikah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Datuk Dr Mohd Daud Bakar pada 29 Ogos 2016:

1. Al-Quran dan Hadith ialah bahan mentah. Usul Fiqh ialah alat untuk faham apa maksud dan kehendak Tuhan.

2. Syariah bukan one solution fix for all. Ia ilmu yang hidup dan dinamik mengikut masa dan suasana/keaadaan.

3. Kelompongan pengajian syariah tempatan dan timur tengah ialah belajar tanpa faham konteks dan aspek sejarah ilmu itu sendiri. Di Barat, mereka melihat aspek sejarah ilmu itu suatu ilmu yang penting.

4. Kitab terawal yang dinisbahkan kepada ilmu Usul Fiqh ialah kitab Al-Risalah karya Imam As-Syafie walaupun hakikatnya Imam As-Syafie sendiri tak specifically mention kitab Ar-Risalah sebagai kitab Usul Fiqh. Kitab Al-Risalah ditulis atas permintaan Abdulrahman bin Mahdi (wafat 198H).

5. Mustahil Imam As-Syafie tahu istilah usul dan ta’rifnya tanpa belajar atau rujuk ulama’ sebelumnya. Sebenarnya ilmu usul itu sudah ada sebelum wujudnya kitab Al-Risalah lagi. Datuk Dr. Daud menyebutkan pendapatnya bahawa Al-Risalah bukanlah kitab terawal dalam ilmu usul Fiqh.

6. Golongan orientalis cukup kagum dan mengangkat kedudukan Imam As-Syafie kerana bagi mereka Imam As-Syafie adalah orang pertama yang meletakkan asas untuk memahami Al-Quran dan As-Sunnah.

7. Imam As-Syafie adalah hujjah dalam ilmu lughah Arab. Ramai ulama’ yang hebat/faqih tapi tak menjadi hujjah dalam lughah.

8. Al-Risalah bukti kehebatan Imam As-Syafie dalam lughah. Ia ditulis dengan uslub bahasa arab yang tinggi sesuai dengan nilai ilmu usul fiqh itu sendiri yang sangat berkait dengan kekuatan kefahaman ilmu bahasa Arab.

9. Untuk mahir ilmu Usul Fiqh mesti mahir bahasa Arab dan kaedahnya. Terutama untuk memahami alfaaz dan ma’aani Al-Quran.

10. Sebahagian ulama’ kata dalam ahkam dalam ilmu usul fiqh ini 80 lebih.. Etc tapi bagi Datuk, had khusus itu tak tepat. Sebenarnya setiap ayat Al-Quran itu ada mesej dan khitab Allah yang tertentu.

11. Datuk menjelaskan bahawa Al-Quran ini sumber hukum yang “hidup”. Setiap kalimah yang Allah gunakan dalam Al-Quran itu ada sebabnya dan pasti ada faedah/hukum baru yang boleh diistinbat daripadanya.

12. Dalam Al-Quran ada banyak tema-tema berkaitan kehidupan manusia. Bukan hanya bab ibadat. Al-Quran dan Usul Fiqh adalah ilmu yang hidup dan saling berkait dalam kehidupan manusia.

13. Untuk nampak tema-tema itu tak cukup dengan hanya baca Al-Quran. Perlu tafabbur dan berfikir kaitannya dengan kehidupan manusia. Datuk bagi contoh yang agak mind blowing e.g bab penjagaan air, penggunaan tenaga solar etc. Semua itu ada asasnya dalam Al-Quran.

14. Ilmu usul fiqh boleh diaplikasikan dengan semua dalil, bukan hanya dalil juz’ie semata-mata. Datuk kata Istilah usul fiqh moden tak berapa tepat. Datuk akan cuba sebutkan dengan detail dalam karyanya berkaitan usul Fiqh in future.

15. Logik akal dan qiyas adalah ilmu yang sangat powerful dan penting dalam ilmu usul.

16. Jika tiada takhrij dan tahqiq al-manath maka matilah syariat ini. Ilmu usul ialah ilmu realiti dan praktikal. Ia bukan ilmu teori tapi tatbiqi.

17. Ramai keliru dan anggap maqasid sebagai dalil syara’. Maqasid ni hanya pelengkap dalam sumber hukum, ia bukan sumber hukum itu sendiri.

18. Maslahah ini bukan hak individu tertentu. Ia adalah hak ulil amri untuk implimentasikannya. Maslahah mesti selari dengan asas syariah.

19. Sekurang-kurangnya baca 5 kitab berkaitan usul Fiqh:

a. Al-Luma’
b. Al-Ihkam
c. Al-Mustashfa
d. Irshad Al-Fuhul
e. Bidayatul Mujtahid ( untuk nampak aplikasi usul fiqh dalam hukum)

20. Ramai keluaran agama yang ada minda fiqh tapi tak ramai yang ada minda/pemikiran usuli. Hanya tahu bergantung kepada teks/hukum ulama’ silam. Tak nampak yang ilmu usul itu ilmu yang hidup mengikut kesesuaian zaman.

Sekian 20 faedah ringkas dengan sedikit tambahan ayat. Sebahagian point sengaja saya tidak tulis untuk mengelakkan salah faham orang awam terhadap ilmu usul fiqh.

Semoga bermanfaat khususnya buat pelajar syariah dan pencinta ilmu usul Fiqh.

* Kredit kepada Saudara Ad dien atas nota ini

Sumber: www.facebook.com/mdaudbakar

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Nota kuliah: Minda Usul Fikah – Dr Daud Bakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *