home Semasa Pengenalan kepada Simpanan Shariah KWSP

Pengenalan kepada Simpanan Shariah KWSP

kwsp1

 

Apakah Simpanan Shariah?
Simpanan Shariah merupakan satu inisiatif oleh KWSP bagi membolehkan ahli KWSP memilih untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut Syariah.

Mengapakah Simpanan Shariah baru diperkenalkan?
Ianya baru diperkenalkan kerana terdapat permintaan di kalangan ahli KWSP supaya akaun mereka diuruskan dan dilaburkan mengikut Syariah. Selain itu, berdasarkan hasil Kaji Selidik Rundingan Ahli ke atas Inisiatif Penambahbaikan Simpanan Persaraan Ahli KWSP yang telah dijalankan pada April 2015, sebanyak 71% responden (ahli) bersetuju pilihan simpanan persaraan patuh Syariah diperkenalkan.

Bilakah inisiatif ini akan dilaksanakan?
Pendaftaran Simpanan Shariah bermula 8 Ogos 2016 dan sebanyak RM100 bilion dana patuh syariah diperuntukkan bagi 2017. Bagi melayakkan ahli mendapatkan tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah pada 2017, ahli mestilah memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah selewat-lewatnya pada 23 Disember 2016, tertakluk kepada peruntukkan dana tersebut.

 

kwsp5

 

Untuk maklumat lanjut sila layari: http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/index.html

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Pengenalan kepada Simpanan Shariah KWSP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *