home Semasa Polis Scotland lulus tudung kepala pakaian rasmi anggota Muslim

Polis Scotland lulus tudung kepala pakaian rasmi anggota Muslim

poliss1

 

EDINBURGH, – Polis Scotland mengumumkan pemakaian tudung kepala atau hijab dijadikan sebahagian daripada uniform rasmi dalam usaha menggalakkan lebih ramai wanita Islam menyertai pasukan itu.

Sebelum ini, pemakaian tudung kepala perlu mendapat kebenaran, tetapi sekarang ia dijadikan antara pakaian rasmi polis Scotland.

Pengumuman itu disambut baik Persatuan Polis Muslim Scotland (SPMA) – pertubuhan yang ditubuhkan pada 2010 bagi mewujudkan hubungan erat dengan komuniti Islam di negara itu.

Ketua Konstabel Phil Gormley yang gembira membuat pengumuman itu mengalu-alukan sokongan masyarakat Muslim serta kumpulan lain, termasuk anggota polis sendiri.

“Seperti kebanyakan pekerja, terutama di sektor awam, kami bertugas ke arah memastikan perkhidmatan ini mewakili komuniti.

“Saya berharap tambahan ini akan menyumbang kepada kepelbagaian kakitangan pasukan kami. Ia juga menambah kemahiran hidup, pengalaman dan kualiti peribadi daripada pegawai dan kakitangan kepada masyarakat Scotland,” katanya.

Polis Metropolitan London sudah meluluskan pemakaian hijab bagi anggotanya lebih sedekad lalu.

Pengerusi SPMA, Fahad Bashir berkata, keputusan itu adalah langkah positif dan tidak syak lagi akan menggalakkan lebih ramai wanita daripada pelbagai latar belakang etnik Islam dan minoriti untuk menyertai polis Scotland. – Agensi

Sumber: ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Polis Scotland lulus tudung kepala pakaian rasmi anggota Muslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *