home Semasa Turki benarkan pegawai polis wanita pakai tudung

Turki benarkan pegawai polis wanita pakai tudung

CbQ50szUkAA-Cwg (1)

 

ANKARA – Kerajaan Turki telah membenarkan pegawai polis wanita di negara itu memakai tudung sebagai sebahagian daripada pakaian seragam mereka berkuat kuasa tidak lama lagi.

Perkara itu dimaklumkan dalam Warta Rasmi Turki semalam, bertujuan untuk membantu anggota polis wanita yang mahu bertudung ketika bertugas.

Dalam warta itu, anggota wanita yang berkhidmat dalam pasukan polis dibenarkan memakai tudung di bawah topi atau beret mereka, dengan syarat warna yang sama seperti pakaian seragam dan tanpa corak.

Pada 2010, Ankara memutuskan untuk melarang pemakaian hijab di universiti dan membenarkan pelajar perempuan memakainya di institusi negeri pada tahun 2013.

Bagaimanapun pada 2014, pelajar institusi tinggi dibenarkan untuk memakai tudung di pusat pengajian mereka.

Sebelum ini, polis Scotland dan kerajaan Kanada juga telah mengumumkan untuk membenarkan anggota polis wanita di negara itu memakai tudung ketika bertugas.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/08/turki-benarkan-pegawai-polis-wanita-pakai-tudung/

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Turki benarkan pegawai polis wanita pakai tudung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *