home Semasa Aidiladha disambut 12 September ini

Aidiladha disambut 12 September ini

kaaba

 

KUALA LUMPUR, Khamis – Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 12 September, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman mengumumkan malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1437 Hijrah ialah pada Sabtu, 3 September 2016.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 12 September 2016,” katanya ketika mengumumkannya di Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini hari ini.- Bernama

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Aidiladha disambut 12 September ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *