home Semasa Duta Britain ke Arab Saudi peluk Islam, tunai haji

Duta Britain ke Arab Saudi peluk Islam, tunai haji

dutas

 

MAKKAH, Khamis – Duta Britain ke Arab Saudi, Simon Collis, menjadi individu pertama yang bertugas sebagai diplomat dari Britain, mengerjakan dan menyelesaikan ibadat haji tahun ini.

Collis yang bertugas di Riyadh sejak Januari tahun lalu memeluk Islam, baru-baru ini. Beliau mengerjakan haji bersama isterinya, Huda Mujarkech.

Imej pertama beliau berpakaian ihram mula dikongsi di laman Twitter minggu ini apabila aktivis hak asasi manusia, Fawziyah al-Bakar, berkongsi gambar beliau.

Collis, 60, graduan Christ College Cambridge itu turut memberitahu seorang pengguna media sosial lain bahawa beliau telah memeluk Islam selepas lebih 30 tahun bersama masyarakat muslim.

Berita mengenai Collis memeluk Islam sudah diketahui di kalangan diplomat dan wartawan, tetapi tiada kenyataan rasmi dikeluarkan.

Gambar beliau itu turut menjadi viral di media sosial dan antara yang pertama mengucapkan tahniah ialah seorang keluarga diraja Arab Saudi, Princess Basmah bint Saud. – Agensi

Sumber: ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

2 thoughts on “Duta Britain ke Arab Saudi peluk Islam, tunai haji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *