home Semasa Kempen Jom Baca Al-Quran penyeri sambutan kemerdekaan

Kempen Jom Baca Al-Quran penyeri sambutan kemerdekaan

1

 

photo_2016-09-03_19-25-52

 

BANGI – Suasana pagi pada hari kemerdekaan Malaysia tahun ini disambut lebih meriah dengan bacaan Al-Quran yang diperdengarkan oleh pengunjung Tasik Cempaka dalam Kempen Jom Baca Al-Quran di sini, Rabu lalu.

Kempen ini yang disertai oleh lebih 50 orang pengunjung taman rekreasi tersebut menyaksikan para peserta meluangkan masa memperdengarkan bacaan Al-Quran masing-masing sambil diperbetulkan oleh beberapa orang aktivis Isma yang mahir dalam bacaan Al-Quran.

Kempen anjuran Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Hulu Langat dan Indahnya Islam ini bertujuan untuk mendekatkan masyarakat dengan rujukan asas umat Islam iaitu Al-Quran di mana peserta bukan sahaja berpeluang diperbetulkan bacaan Al-Quran mereka malah diberikan penjelasan tentang kepentingan penghayatan Al-Quran dalam kehidupan harian seorang Muslim.

“Kami sangat mengharapkan program ini dapat mendekatkan kembali masyarakat kepada penghayatan Al-Quran dalam kehidupan,” tegas Ketua Biro Dakwah Isma cawangan Hulu Langat, Ustaz Zaizul dalam satu temubual sambil mengajak masyarakat untuk bersua lagi dalam siri klinik Al-Quran yang seterusnya.

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Kempen Jom Baca Al-Quran penyeri sambutan kemerdekaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *