home Kolumnis, Semasa Nota khutbah Aidiladha: Menghargai perjuangan silam

Nota khutbah Aidiladha: Menghargai perjuangan silam

omar1

 

Nota khutbah Aidiladha di Surau As-Salam Taman Panchor Jaya

1. Umat Islam hari ini berkewajipan untuk mengambil iktibar pengalaman sejarah lalu demi mengukuhkan kedudukan Islam di tanah air ini.

2. Antara jasa besar yang ditinggalkan pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu adalah mereka dapat mengekalkan Islam secara tersurat di dalam perlembagaan mahupun tersirat dalam pengamalan Islam.

3. Generasi awal telah mewariskan kepada kita sebuah tanah air yang sepatutnya diurus berdasarkan perlembagaan yang disepakati untuk dipatuhi serta kontrak-kontrak sosial yang telah dipersetujui.

4. Sebagai muslim, idealnya kita mahu negara ini statusnya adalah sebuah negara Islam tulin yang kita sebebas-bebasnya melakukan segala ajaran Islam yang diambil dari al Quran dan al Sunnah.

5. Namun kita terpaksa menerima realiti bahawa mustahil penjajah akan merelakan perkara itu berlaku. Mungkin atas pertimbangan-pertimbangan tertentu maka Islam masih diberi ruang untuk berperanan dalam urusan kenegaraan dan kehidupan tetapi dalam ruang yang agak terhad mengikut tafsiran perunding dan mereka yang merangka perlembagaan negara ketika itu.

6. Apa pun latar belakang sejarahnya, kita tetap bersyukur kerana tersurat di dalam perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan.

7. Justeru, jika kita membuat sedikit perbandingan dengan negara-negara jiran , sepatutnya umat Islam di negara ini patut bersyukur. Ini kerana urusan agama Islam di negara ini dilihat seperti teratur yang mana beberapa hak umat Islam dilindungi.

8. Bahkan peruntukan tertentu berhak untuk dinikmati oleh institusi Islam, ajaran-ajaran sesat dan yang boleh menggugat keharmonian hidup beragama dikekang, fatwa mempunyai wewenang tersendiri dalam mengurus perkembangan kehidupan manusia.

9. Hakikatnya, semua ini terhasil apabila perlembagaan negara telah memberi keistimewaan kepada Islam di dalam beberapa peruntukan undang-undang.

10. Perkara ini tidak berlaku di negara jiran. Jika kita lihat di negara jiran meledaknya ajaran-ajaran ganjil dan pelik berlaku di kalangan umat Islam seperti kahwin silang agama, kebebasan melampaui batas dalam membuat kritikan terhadap agama. Lebih teruk apabila di sana berlaku penolakan terhadap al-Quran dan autoriti hadith tanpa ada undang-undang yang boleh dikuatkuasakan lagi.

 Ustaz Hj Omar Kassim
www.indahnyaislam.my
text gambar

2 thoughts on “Nota khutbah Aidiladha: Menghargai perjuangan silam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *