home Semasa Pulau Pinang pusat berkumpul jemaah haji di utara Semenanjung Tanah Melayu

Pulau Pinang pusat berkumpul jemaah haji di utara Semenanjung Tanah Melayu

13886922_1036763199752234_5072358199639097738_n

 

Pulau Pinang pernah melakar sejarahnya yang tersendiri sebagai sebuah pelabuhan haji yang terpenting di Semenanjung Tanah Melayu sehingga 1970-an, sekaligus mengambil alih peranan yang sebelum ini dimainkan oleh Acheh.

Pelabuhan ini, sekurang-kurangnya sejak pertengahan kurun ke-19, menjadi tempat berhimpun jemaah haji dari Province Welledley (kini Seberang Perai), Kedah, Perak Utara, Kelantan dan Siam untuk berlepas ke Tanah Suci Mekah, malah menjadi perlabuhan persinggahan bagi kapal kapal dari Indonesia sebelum meneruskan pelayaran ke Jeddah.

Sesuai dengan peranannya sebagai sebuah perlabuhan berlepasnya jemaah haji, Pejabat Kawalan Haji telah ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1951 bertujuan memantapkan lagi segala urusan pentadbiran berhubung hal ehwal haji.

Kewujudan pejabat tersebut merupakan titik tolak yang sangat bermakna dalam pentadbiran hal ehwal haji apabila orang Melayu diberi kepercayaan menguruskan sendiri segala perkara berhubung dengan urusan haji.

Kedudukan Pulau Pinang sebagai tempat berlepasnya haji bukan sahaja membuktikan bahawa orang Melayu terlibat secara langsung dalam perkembangan ekonomi di negeri tersebut melalui pelbagai bentuk perniagaan berkaitan haji yang muncul di negeri itu, khususnya Lebuh Acheh dan kawasan sekitarnya, malah menyumbang kepada aspek kemasyrakatan, keagamaan dan keintelektuan hasil dari perkembagam tersebut.

RUJUKAN
Masyarakat Melayu Pulau Pinang Dalam Arus Sejarah (Penerbit USM)
Oleh: Muhammad Haji Salleh, Mahani Musa

Kredit: ISMA Pulau Pinang

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Pulau Pinang pusat berkumpul jemaah haji di utara Semenanjung Tanah Melayu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *