home Semasa Rosyam Nor mulakan misi Walk for World Quran Hour

Rosyam Nor mulakan misi Walk for World Quran Hour

rosyam

 

SHAH ALAM, Khamis – Pelakon dan pengarah filem, Datuk Rosyam Nor memulakan misi berjalan kaki sejauh 47.2 kilometer ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sempena kempen Walk for World Quran Hour.

Beliau bergerak dari Masjid Karangkraf di Seksyen 15 di sini pada jam 6.30 pagi tadi diiringi beberapa ahli pertubuhan bukan kerajaan.

Antara lokasi yang akan dilaluinya adalah Taman Megah, Damansara Jaya, Damansara Utama, Taman Tun Dr Ismail, Kepong, Batu Caves dan Sri Gombak.

Perjalanan itu akan berakhir di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM, kira-kira jam 4 petang ini.

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, turut sama menjayakan kempen World #QuranHour yang bakal diadakan pada 9 Zulhijjah bersamaan 11 September ini.

Pengerusi Biro Dakwah Isma, Ustaz Haji Omar Kassim berkata, ia selaras dengan kempen mendekati dan kembali kepada al-Quran yang telah dijalankan di pelbagai lokasi oleh Biro Dakwah Isma sendiri.

“Seluruh cawangan Isma telah diminta mengenal pasti lokasi yang sesuai boleh mengumpulkan orang ramai untuk membaca al-Quran,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Rosyam Nor mulakan misi Walk for World Quran Hour

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *