home Semasa Sheikh Al-Qaradhawi ucap takziah atas pemergian Dato’ Dr Haron Din

Sheikh Al-Qaradhawi ucap takziah atas pemergian Dato’ Dr Haron Din

qardawi

 

QATAR – Pemergian murabbi ummah, Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din, baru-baru ini turut mendapat perhatian Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, yang telah mengucapkan takziah atas kehilangan itu di akaun peribadi beliau di laman sosial Twitter.

“Semoga Allah merahmati Sheikh Dr Haron Din, Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS),” ujar beliau dalam petikan dari laman sosial Twitter itu.

“Kami bermohon kepada Allah agar mengampuninya dan mengangkat darjatnya bersama golongan yang tinggi kedudukan di sisi Allah,” tambah beliau lagi.

Jenazah Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, Amerika Syarikat selepas menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Stanford di San Francisco.

Sumber: http://ulamasedunia.org/2016/09/19/sheikh-al-qaradhawi-ucap-takziah-atas-pemergian-tuan-guru-dato-dr-haron-din/

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Sheikh Al-Qaradhawi ucap takziah atas pemergian Dato’ Dr Haron Din

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *