home Semasa 500 pemimpin, ulama beri amaran Masjidil Aqsa dalam bahaya

500 pemimpin, ulama beri amaran Masjidil Aqsa dalam bahaya

Baitul-Maqdis-Milik-Umat-Islam

 

ISTANBUL – Lebih 500 pemimpin dan ulama dari 30 negara Islam berkumpul di Istanbul memberi amaran bahawa masjid suci ketiga bagi umat Islam – Masjidil Aqsa – berada dalam bahaya.

Mereka mewakili kira-kira 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik berkumpul dalam satu Forum Pemimpin Negara-Negara Islam kali ke-8 yang bertajuk ‘Al-Aqsa dalam bahaya’ anjuran Pusat Perhubungan Arab-Turki.

Naib Pengerusi Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), Yasin Aktay berkata, Masjid Al-Aqsa berada dalam keadaan bahaya bermaksud manusia juga dalam bahaya.

“Al-Quds (Jerusalem) memberi kita contoh bagaimana orang (dari mazhab yang berbeza) hidup bersama secara aman dengan cara yang baik,” katanya ketika bercakap pada pembukaan forum itu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pergerakan Keamanan Algeria, Abderrazak Makri berkata, mana-mana negara Islam tidak akan berjaya jika tidak membantu Palestin dan menyalahkan kuasa asing yang tidak mahu orang Islam bersatu.

“Sebab itu, kita perlu bersatu untuk membantu Masjid Al-Aqsa,” katanya.

Tahun lalu, Israel menyekat lelaki di bawah umur 50 tahun daripada memasuki kawasan masjid berikutan pergaduhan yang berlaku di Jerusalem dan Tebing Barat.

Ketegangan juga berlaku kerana ramai rakyat Palestin membantah bilangan pengunjung Yahudi yang meningkat di perkarangan Al-Aqsa, yang bagi yahudi ianya dikenali sebagai Temple Mount.

Ketegangan disebabkan sekatan kemasukan ke Masjid Al-Aqsa itu juga diikuti dengan tempoh keganasan yang menyaksikan sekurang-kurangnya 235 rakyat Palestin dibunuh tentera rejim Zionis.

“Anda tahu bahawa cubaan rampasan kuasa yang gagal di Turki sebelum ini adalah untuk melemahkan negara itu ekoran Turki memainkan peranan yang kuat ke atas Palestin. Plot rampasan kuasa itu adalah kerana mahu Turki berhenti menyokong Palestin,” kata Abderrazak.

Bekas Menteri Penerangan Mesir ketika pemerintahan Presiden Mohamed Morsi, Salah Abdel Maksoud berkata, orang Turki yang ditumpaskan dalam cubaan rampasan kuasa tentera itu mahu meminggirkan negara Palestin.

Sementara itu, Ketua Ikhwanul Muslimin Syria, Mohammed Walid berkata, membawa mesej daripada pihak pembangkang negara itu kepada Russia.

“Kami tidak pergi ke negara itu untuk bunuh anda, tetapi anda datang ke negara kami membunuh anak-anak kami, isteri dan memusnahkan kediaman, sejarah kami.

“Kami tahu bahawa anda adalah penyerang. Anda perlu roket, peluru berpandu yang benar-benar berkesan menyerang kanak-kan. Kita tahu bahawa anda adalah orang yang paling pengecut dalam sejarah,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

3 thoughts on “500 pemimpin, ulama beri amaran Masjidil Aqsa dalam bahaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *