home Semasa Islamofobia: Wanita Islam bertudung dipecat menang kes

Islamofobia: Wanita Islam bertudung dipecat menang kes

 

BERN – Seorang wanita Serbia menang kes terhadap bekas majikannya yang memecatnya awal tahun lalu setelah beliau memakai tudung kepala ketika waktu bekerja.

Mahkamah Switzerland memutuskan bahawa syarikat dobi tempat beliau bekerja telah melanggar hak perlembagaan untuk kebebasan bersuara dan diarahkan untuk membayar ganti rugi termasuk mengembalikan gaji tertunggak.

Difahamkan, Abida, 29, mempunyai pengalaman bekerja di syarikat dobi berkenaan selama enam tahun dan dipecat setelah membuat keputusan untuk terus berhijab.

“Pemakaian tudung adalah melanggar peraturan kebersihan,” kata majikannya.

Dilaporkan, sekiranya beliau gagal untuk membuka hijab, Abida akan dipecat.

Pertubuhan Islam Switzerland berkata, kecekapan dalam bekerja merupakan aspek utama dan bukannya pakaiaan yang dipakai oleh pekerja menjadi isu utama.

Kes ini adalah yang pertama berlaku di Switzerland sejak 1990. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Islamofobia: Wanita Islam bertudung dipecat menang kes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *