home Semasa Masjid pertama di bina oleh orang Jepun tempatan

Masjid pertama di bina oleh orang Jepun tempatan

9

 

Masjid terbaru yang dibuka di negara matahari terbit ini bakal memberikan kesempatan kepada umat Islam Jepun bukan hanya untuk menunaikan ibadah tetapi turut menjadi pusat pembelajaran berkaitan Islam, budaya dan bahasa pertuturan negara-negara umat Islam.

Masjid ini adalah sebahagian daripada Pusat Kebudayaan Islam Tokyo yang diasaskan oleh Pertubuhan Muslim Jepun. Terletak di Higashi-Gotanda, daerah Shinagawa Ward, Tokyo, pertubuhan ini merupakan pertubuhan Muslim terbesar yang diuruskan sepenuhnya oleh Muslim Jepun yang sehingga kini dianggotai oleh 500 ahli.

Ini merupakan perkembangan yang sangat sihat memandangkan beberapa tahun dulu, ia hanya memiliki sebuah bilik solat bersaiz kecil daerah Yoyogi yang amat sukar ditemui oleh pelawat yang kali pertama datang ke Tokyo.

Memiliki masjid sendiri adalah merupakan cita-cita dan hasrat yang telah lama terpendam oleh Pertubuhan Muslim Jepun ini. Kutipan mula dijalankan apabila Pusat Kebudayaan Islam Tokyo ini mencecah usia 50 tahun.

Setelah melalui usaha yang tidak kenal penat, kos sebanyak 240 juta Yen (USD 2.3 million) telah dapat disediakan untuk membeli dan menambahbaik bangunan setinggi 3 tingkat ini. Kutipan amal ini telah dijalankan di Jepun, di samping sumbangan dari Arab Saudi, Turki, UAE dan beberapa negara lain.

Untuk membina kesefahaman antara masyarakat Muslim dan non-Muslim di Jepun, Pusat ini dibuka kepada semua tanpa mengira latar belakang agama dan etnik. Warga Muslim Jepun yang aktif di dalam pertubuhan ini mengambil giliran masing-masing untuk berkhidmat di masjid ini.

Bermula pada Oktober 2016, pusat ini akan mula menawarkan kelas Bahasa Arab dan Indonesia serta penerangan percuma tentang Islam.

Sumber : Islam in Japan

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *