home Tarbiah Penyakit dakwah: Maddiyah la rabbaniyah

Penyakit dakwah: Maddiyah la rabbaniyah

ustazazizee

 

1. Penyakit dakwah sekarang ialah ittijah maddiy (orientasi materialistik), mengutamakan keduniaan dan kebendaan.

2. Penyakit ini menjadikan para duat jauh dari sikap rabbani dan dekat ke sikap duniawi.

3. Bicara duat lebih kepada hal-hal maddiy (kebendaan) dari hal-hal keakhiratan.

4. Contohnya bahasa perbualan duat:
– Berapa untung dari projek dakwah ini?
– Sudah tambah isteri atau belum?
– Kereta dah tukar ka, jenis apa?
– HP antum jenis apa?
– Bisnes apa yang boleh antum create lagi.

5. Perbicaraan Rabbaniyah sudah disisihkan dalam hidup para duat. Contohnya:
– Antum sudah hafal berapa juzuk?
– Antum pegang berapa halaqah?
– Bila daurah akan datang?
– Bagaimana solat jamaah kita.

6. Kita lebih akrab dengan hotel dari masjid, hobi ke tempat eksklusif dari ke majlis para orang soleh, ulama dan rakyat dhuafa, kita sibuk membesarkan ruang rumah dari soal kubur, gaya hidup mewah dari hidup seperti salafussolih. Akhirnya ukhuwwah kita mula kering dan bermasalah yang membawa musibah.

7. Dakwah menang dengan sifat robbani para duatnya bukan dengan nilai maddiy.

8. Material memang diperlukan dalam dakwah tapi ia bukanlah segala-galanya. Segala-galanya bermula dengan tarbiyah rabbaniyah ruhiyyyah.

9. Jamaah dan dakwah akan mati bila para duatnya berorientasikan maddiy.

Moga Allah pelihara kita dan dakwah kita.

Ustaz Mohd Azizee Hasan

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Penyakit dakwah: Maddiyah la rabbaniyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *