home Semasa Penyebaran ajaran Syiah boleh cetus konflik berdarah di Malaysia

Penyebaran ajaran Syiah boleh cetus konflik berdarah di Malaysia

photo_2016-04-21_17-36-20

 

BANGI – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bimbang pertumpahan darah seperti di Yaman, Bahrain dan Syria berlaku di negara ini jika ajaran Syiah tidak dibanteras.

Penyelidik Jakim, Ustaz Mohd Aizam Mas’od, berkata semua pihak perlu memberi perhatian serius terhadap isu ajaran Syiah kerana ia boleh menimbulkan konflik.

“Kita tidak mengambil mudah. Kita yakin modus operandi mereka menyebarkan Syiah terus berjalan sama ada melalui keturunan iaitu perkahwinan dengan bukan Syiah serta secara tidak langsung iaitu melalui penjualan buku.

“Usaha menyedarkan masyarakat berhubung bahaya Syiah perlu diteruskan seperti seminar dan ceramah, selain media jangan mendiamkan isu ini kerana bimbang mereka bergerak secara perlahan tanpa disedari,” katanya kepada pemberita selepas Seminar Antarabangsa Gerakan Syiah dan Kesannya Terhadap Dunia Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), hari ini.

Beliau turut menafikan pengikut Syiah di negara ini berjumlah 300,000, sebaliknya mengikut perangkaan Jakim dan polis kumpulan itu hanya dianggotai oleh 3,000 orang sahaja.

Mohd Aizam berkata, dakwaan kumpulan itu hanya khayalan selain ingin membuat tuntutan atas nama hak asasi manusia untuk bergerak bebas dan mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Katanya, kumpulan itu mendakwa mereka mempunyai pengikut sehingga 300,000 setelah mengambil kira warga asing yang kononnya menetap di Malaysia sekarang.

“Dakwaan berkenaan hanyalah khayalan mereka dan di sebaliknya, mereka hanya ingin membuat tuntutan atas nama hak asasi manusia untuk bergerak bebas dan menggelakkan daripada halangan undang-undang,” katanya.

Walaupun jumlahnya kecil, Mohd Aizam berkata, kerajaan tetap memandang serius isu gerakan penyebaran Syiah dan usaha mengekang serta memantau ajaran itu terus dilakukan.

Setakat ini, katanya, penularan ajaran Syiah di Malaysia masih lagi terkawal, malah kerajaan juga telah membuat keputusan ajaran berkenaan tidak dibenarkan untuk diamalkan serta disebarkan di negara ini. – Ismaweb (21 April 2016)

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Penyebaran ajaran Syiah boleh cetus konflik berdarah di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *