home Semasa Perginya selepas sujud terakhir

Perginya selepas sujud terakhir

bt_25-1

 

KUALA NERANG – Kira-kira 80 jemaah Masjid Darul Nadwah Padang Nyior di Jalan Kilang Gula di sini terkejut apabila seorang warga emas berusia 69 tahun meninggal dunia selepas sujud terakhir solat Asar pada hari Jumaat.

Jemaah terbabit, Ismail Hamid menghembuskan nafas terakhirnya sebaik sahaja dialihkan daripada kedudukan bersujud oleh jemaah lain yang menyedari kejadian.

Bendahari masjid tersebut, Noraldin Mustapha, 63, berkata, arwah yang berada di saf paling hadapan disedari masih dalam keadaan bersujud walaupun ketika itu semua jemaah telah selesai bersolat.

“Sebaik sahaja memberi salam, kami terus mengalihkan arwah yang ketika itu dalam keadaan bersujud dan pada masa itu, arwah masih bernyawa.

“Namun tidak lama kemudian, arwah yang kelihatan seperti sesak nafas menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan jemaah lain,” katanya ketika ditemui di masjid berkenaan di sini hari ini.

Kata beliau, jemaah kemudian menghubungi ambulan untuk mendapatkan bantuan, bagaimanapun arwah disahkan telah meninggal dunia. – K! ONLINE

www.indahnyaislam.my

text gambar

3 thoughts on “Perginya selepas sujud terakhir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *