home Semasa Sijil Halal: Kenapa perlu ubah nama?

Sijil Halal: Kenapa perlu ubah nama?

pretzel-dogs-full

 

Kenapa nama-nama yang menjurus kepada sesuatu benda haram perlu diubah untuk dapat Sijil Halal?

Kerajaan sedang berusaha dan memperkasakan Maqasid Syariyyah dalam setiap agensi kerajaan yang antaranya adalah hub halal JAKIM dan JAIN. Usaha memperkasa pensijilan halal sedang giat dijalankan bagi memelihara kesejahteraan agama dan syariat Islam di Malaysia.

Termasuklah penambahbaikan terhadap prinsip “Halalan Tayyiban”. Makanan bukan hanya halal semata tetapi mesti Tayyib. Halal jelas. Manakala Tayyib mempunyai makna yang luas iaitu:

– Bersih.
– Baik dari aspek penyediaan.
– Baik dari aspek bahan.
– Baik dari aspek nama.

Nama produk atau restoran mestilah tidak mengelirukan atau menjijikkan. Hotdog, tahi itik, rootbeer dan lain-lain semua itu menggambar perkara yang tak baik dalam makanan. Walaupun ia hanya sekadar nama bukan pada bahan, tetapi nama melambangkan keperibadian dan kewibawaan Syariat Islam.

Oleh itu, JAKIM dan JAIN mengambil pendekatan “Sad Dharai'” iaitu menutup pintu-pintu yang boleh mengelirukan makanan orang Islam di masa akan datang.

Di tambah pula pada hari ini, terdapat produk makanan yang mengelirukan umat Islam seperti “Non alcoholic” ” No Pork” dan lain-lain. Atas dasar yang sama segala produk makanan yang menggunakan nama agama atau nama yang menjijikkan TIDAK akan diberi sijil halal.

Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim
Ahli Majlis Perundingan Islam Negara
AJK Pensijilan Halal Negeri Selangor
Pensyarah Fiqh Makanan UKM

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Sijil Halal: Kenapa perlu ubah nama?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *