home Semasa Syiah mahu kuasai Islam sepenuhnya 2029

Syiah mahu kuasai Islam sepenuhnya 2029

middle_east_pakistan

 

BANGI – Syiah mempunyai misi besar untuk menguasai Islam sepenuhnya di peringkat global menjelang 2029, kata Ketua Program Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengu­rusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Kamaluddin Nurdin Marjuni.

“Kita tahu mereka hendak menjayakan misi di peringkat global, iaitu memastikan Syiah menguasai Islam pada tahun 2029.

“Ini mereka lakukan dengan dalam bentuk ketenteraan, menawan para ulama sunni dan perang saraf terhadap umat Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Syarahan Umum Profesor Madya Pelawat yang bertajuk Mampukah Sunni dan Syiah Bersatu? anjuran Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.

Mengulas lanjut Dr Kamaluddin berkata, golongan Syiah perlu menghentikan perbuatan menarik orang Islam yang lain supaya berfahaman seperti mereka.

Ini kerana umat Islam tidak dapat menerima sebarang ajaran yang memburuk-burukkan para sahabat besar Nabi Muhammad SAW, terutamanya Saidina Abu Bakar Al-Siddiq, Sai­dina Umar Al-Khattab dan isteri baginda, Siti Aishah.

“Para sahabat besar Rasulullah ini adalah antara 10 orang yang dijanjikan syurga oleh Allah, jadi apa hak kita untuk memburuk-burukkan mereka,” katanya.

Beliau yang berasal dari Indonesia dalam masa yang sama memuji konteks dan keadaan di sini apabila Malaysia mengambil tindakan yang tegas terhadap sebarang usaha menyebarkan ajaran Syiah.

“Undang-undang di sini adalah lebih ketat dan ia boleh menyekat penyebaran fahaman Syiah namun kita tetap meminta supaya Syiah hentikan segala usaha mereka menarik orang lain.” katanya lagi. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Syiah mahu kuasai Islam sepenuhnya 2029

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *