home Semasa Tembakan peluru berpandu Syiah Houthi ke arah Makkah dipintas

Tembakan peluru berpandu Syiah Houthi ke arah Makkah dipintas

riyadh1

 

RIYADH – Pakatan tentera negara-negara Arab memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik ditembak puak Syiah Houthi ke satu sasaran kira-kira 65 kilometer dari Tanah Suci Makkah, Khamis.

Peluru berpandu itu ditembak dari wilayah Saada, Yaman, melintasi sempadan Arab Saudi kira-kira jam 9 malam, kata kenyataan pakatan tentera disiarkan Agensi Berita Saudi (SPA).

Pakatan tentera negara Arab melancarkan kempen memerangi militan Syiah Houthi sejak Mac tahun lalu. Beberapa bandar Arab Saudi berhampiran sempadan Yaman, turut menjadi sasaran militan.

Dalam serangan semalam, Arab Saudi menggunakan peluru berpandu Patriot bagi memintas dan memusnahkan peluru berpandu Syiah Houthi.

“Militan Houthi melancarkan peluru berpandu ke arah kawasan Makkah, semalam, dari kubu kuat mereka di Saada tidak jauh dari sempadan.

“Pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu itu kira-kira 65 kilometer dari Makkah tanpa sebarang kerosakan,” kata kenyataan itu.

Makkah berada kira-kira 500 kilometer dari sempadan Yaman.

Ini adalah kali kedua bulan ini militan Syiah Houthi melancarkan peluru berpandu jarak jauh.

Pada 9 Oktober lalu, pakatan tentera negara Arab memintas dan memusnahkan peluru berpandu yang menyasarkan Taif – yang menempatkan pangkalan tentera Arab Saudi, 65 kilometer dari Makkah. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *