home Semasa Ulama hadis terkemuka, Syeikh Syuaib Al-Arnaut kembali ke rahmatullah

Ulama hadis terkemuka, Syeikh Syuaib Al-Arnaut kembali ke rahmatullah

sheikh-shuaib-al-arnaut

 

Ulama hadis terkemuka di Jordan, Syeikh Syuaib Al-Arnaut, 88, yang berasal dari Syria dilaporkan meninggal dunia, malam tadi.

Berita itu dimaklumkan Mufti Wlayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi status di Facebooknya.

Beliau berkata, pemergian ulama itu sangat menyentuh hati ini kerana sumbangan beliau dalam dunia ilmu sangat besar khususnya dalam bidang pentahqiqan manuskrip dan hadis.

Katanya, Syeikh Syuaib Al-Arnaut merupakan ulama yang begitu komited dengan ilmu serta mempunyai manaqib dan mauqif yang baik berhubung isu-isu semasa umat Islam.

“Begitu juga pandangan beliau yang mana sering kali digunakan sebagai rujukan dan panduan dalam menghadapi permasalahan sama ada dalam bidang keilmuan mahupun isu semasa,” katanya.

Antara karya besar ulama ini iala Siyar A’lam al-Nubala’ oleh Imam al-Zahabi (30 jilid), Musnad Ahmad (50 jilid), Sahih Ibn Hibban (14 jilid), mengambil masa 40 tahun bagi menghabiskan pengkajian, menyunting dan menghasilkan buku bermanfaat untuk rujukan dunia Islam. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Ulama hadis terkemuka, Syeikh Syuaib Al-Arnaut kembali ke rahmatullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *