home Semasa 430 rumah etnik Rohingya dibakar

430 rumah etnik Rohingya dibakar

satelit

 

RAKHINE, MYANMAR – NGO hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW) mendakwa beratus-ratus kediaman milik etnik Rohingya dibakar.

Melalui laman NGO tersebut, HRW menyertakan salinan paparan imej rakaman satelit yang menunjukkan ‘kemusnahan’ di Rakhine.

“Kerajaan Myanmar patut segera menjemput Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat laporan ini,” kata kenyataan dari HRW.

Pengarah HRW (Asia), Brad Adams berkata imej berkenaan bukan sahaja mengesahkan kemusnahan perkampungan Rohingya, tetapi membuktikan keadaan sebenar yang lebih teruk daripada yang disangka.

HRW mendakwa telah mengenal pasti 430 kediaman atau bangunan di tiga buah perkampungan yang dibakar dari imej tersebut yang dihasilkan pada 22 Oktober, 3 November dan 10 November lepas.

Daripada jumlah tersebut, 85 kediaman atau bangunan yang musnah adalah dari kampung Pyaung Pyit (Ngar Sar Kyu), 245 di Kyet Yoe Pyin dan 100 di Wa Peik (Kyee Kan Pyin).

Analisis kemusnahan mengatakan setiap bangunan atau kediaman yang musnah adalah disebabkan kebakaran, termasuk kebakaran hutan. – SinarHarian

www.indahnyaislam.my

 

text gambar

One thought on “430 rumah etnik Rohingya dibakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *