home Semasa Ginella Massa pembaca berita berhijab pertama di Kanada

Ginella Massa pembaca berita berhijab pertama di Kanada

ginella-massa-city-news

 

TORONTO – Seorang wartawan televisyen Toronto menjadi pembaca berita Kanada pertama yang memakai tudung Muslim di salah satu penyiar berita utama di bandar itu.

Ginella Massa, 29, telah ditugaskan untuk ke udara bagi segmen berita CityNews pada jam 11 malam waktu tempatan minggu lalu dan kemunculannya mencipta sensasi selepas siaran berakhir.

Beliau memberitahu bahawa sebelum ini beliau pernah menjadi pembaca berita berhijab pertama di Kanada pada 2015 sewaktu membuat laporan bagi CTV News dalam Kitchener, Ontario, sebuah bandar barat Toronto.

Beliau berpindah semula ke Toronto, di mana dia membesar, awal tahun ini untuk mengambil pekerjaan di CityNews.

“Saya pernah berborak dengan ramai wanita yang kerjayanya sebagai wartawan di Amerika Syarikat dan bekerja di belakang tabir, mereka memberitahu saya bahawa mereka menghadapi pelbagai cabaran bagi mendapat peluang untuk ke udara.

“Mereka telah diberitahu kerana hijab mereka, itu tidak akan berlaku. Itu membuatkan saya benar-benar sedih kerana mereka sedang disekat oleh cara pemikiran yang mengawal apa yang orang ramai boleh atau tidak boleh lihat,” kata Massa.

Meskipun ramai yang memberi reaksi positif di Kanada, namun Massa berkata, beliau turut menerima beberapa komen negatif dari pelbagai pihak termasuk netizen di laman sosial Twitter.

“Tetapi ini semua membawa suatu iklim baharu hari ini untuk melihat imej positif wanita Islam.

“Mereka adalah simbol Islam apabila mereka memakai hijab dan itu sahaja sudah membawa imej yang kuat. Ia adalah sesuatu yang amat penting untuk melihat imej positif Islam di dalam media,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Ginella Massa pembaca berita berhijab pertama di Kanada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *