home Semasa KDN umum Lajnah Tahqiq Hadith sebagai pusat rujukan kesahihan hadis

KDN umum Lajnah Tahqiq Hadith sebagai pusat rujukan kesahihan hadis

 

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadith atau Lajnah Tahqiq Hadith sebagai pusat rujukan bagi menentukan kesahihan sumber hadis.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan jawatankuasa itu bertujuan menyediakan pandu arah mengekang penyebaran hadis palsu oleh kumpulan tertentu kepada masyarakat.

Beliau berkata, sebanyak tujuh ahli panel jawatankuasa itu telah dilantik dan bakal diketuai oleh Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor sebagai Pengerusi Jawatankuasa.

“Penyebaran hadis palsu dalam masyarakat khusus dalam penerbitan boleh membawa kepada penyelewengan akidah, menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam serta perpaduan negara,” katanya ketika berucap pada majlis penganugerahan sijil pelantikan jawatankuasa berkenaan di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, Ahmad Zahid berkata, masyarakat perlu dididik supaya merujuk kitab-kitab syarah hadis yang muktabar atau terkenal dan merujuk kepada mereka yang pakar supaya pemahaman hadis adalah tepat. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “KDN umum Lajnah Tahqiq Hadith sebagai pusat rujukan kesahihan hadis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *