home Tarbiah Keberadaan dalam tarbiah adalah salah satu bentuk ubudiyyah

Keberadaan dalam tarbiah adalah salah satu bentuk ubudiyyah

13502105_1399652370061370_5742665152590591234_n

 

Keberadaan dalam tarbiah adalah salah satu bentuk ubudiyyah kepada Allah SWT.

Itulah salah satu kaedah penting bagi seseorang yang nak pergi jauh dalam tarbiah, apabila dia sentiasa merasakan bahawa dirinya sedang khusyuk beribadah, ketika disusun atau diprogramkan dengan wasail tarbiah, dan susunan-susunan khusus yang diatur untuknya.

Akh yang berjaya adalah yang meletakkan wajah Allah di sebalik pengarahan, taujihat, dan penyusunan walaupun ia adalah penyusunan manusia.

Dia akan memandang segala yang disusun adalah susunan Allah ke atasnya, susunan itu adalah ‘maqsuud’ (dikehendaki sedemikian), bagi meningkatkan martabat ubudiyyah dia kepada Tuhan.

Adapun sekiranya kita memisahkan nilai ubudiyyah ini daripada perjalanan yang kita ikuti, maka kita sebenarnya masih belum benar-benar memahami tabiat jalan ini, apatah lagi untuk melangkah lebih jauh dalam perjalanan yang panjang ini.

Kita akan mula mengelat, pakai jalan belakang, buat trick kepada para murabbi, berhelah dan berpusing-pusing agar kita dapat mencapai apa yang kita mahu dengan cara yang salah.

Ini adalah beberapa fenomena yang tidak sihat dalam pengamalan tarbiah, dakwah dab harakah. Kita mungkin membayangkan apa yang kita mahu itulah maslahah terbesar buat dakwah, tarbiah dan jemaah, hakikatnya kita hanya memandang dari sudut diri kita, tanpa mengambil kira pandangan dan keputusan yang benar-benar menjamin maslahah yang sebenar.

Sepertimana kita tidak boleh menipu atau berhelah dengan Allah dalam apa segala cara, sedemikian itulah jua sepatutnya kita tidak boleh mengelat, berhelah, melobi dan yang sewaktu dengannya dalam jemaah ini.

Suatu hakikat yang perlu kita tahu, perkara sedemikian bukanlah satu maslahah, hakikatnya ia menjadi barah yang boleh merosakkan diri kita, keluarga kita (jika terlibat) dan perjalanan harakah secara keseluruhannya.

Atas sebab itu kita perlu sentiasa tekankan, kepentingan memahami hakikat bai’ah kepada Allah, kepentingan menyerahkan urusan peribadi kepada pertimbangan jemaah yang lebih luas, serta kepentingan meletakkan Allah di sebalik setiap perkara.

Ini kerana, kita bermula dan berakhir, semuanya kerana Allah.

Ustaz Ahmad Syamil Md Esa

www.indahnyaislam.my

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *