home Semasa Khaled Meshaal: Pergolakan akan berterusan selagi warga Palestin tidak diberikan hak

Khaled Meshaal: Pergolakan akan berterusan selagi warga Palestin tidak diberikan hak

meshaal

 

Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal telah menggesa agar Donald Trump, yang telah memenangi kerusi Presiden negara Amerika baru-baru ini untuk menyemak semula dasar luar Amerika dan seterusnya mendesak Israel untuk menamatkan pencerobohan ke atas Palestin.

“Warga Palestin telah ditindas oleh polisi luar Amerika yang tidak adil dan juga menyebelahi Israel,” ucap Meshaal dalam Persidangan Pemuda Jerusalem/Baitul Maqdis yang ke-11 di Istanbul pada Khamis lepas.

Dalam persidangan itu juga, beliau menegaskan yang pergolakan di rantau ini akan kekal berterusan selagi warga Palestin tidak diberikan hak yang sewajarnya.

Beliau juga menyatakan bahawa warga Palestin akan terus berjuang untuk membebaskan Baitul Maqdis dan juga keseluruhan tanah Palestin.

“Baitul Maqdis adalah nadi dan jantung kepada Palestin dan kami tidak akan mengalah dan berundur walau seinci dari medan ini,” tegas beliau lagi.

Beliau menambah, “Baitul Maqdis adalah kunci kepada peperangan dan keamanan yang berlaku di rantau ini,” dan juga menyeru kepada semua pemimpin negara Arab untuk memainkan peranan yang sepatutnya dalam melindungi tanah suci ini daripada kelicikan dan tipu daya Israel.

Sumber: http://hamas.ps/en/post/478/meshaal-no-stability-in-the-area-without-palestinians-getting-their-rights

www.indahnyaislam.my

text gambar

One thought on “Khaled Meshaal: Pergolakan akan berterusan selagi warga Palestin tidak diberikan hak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *